Friday, March 26, 2010

kejohanan badminton remaja asia


Pemain perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkiffli mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Lee Hong Je dari Korea Selatan pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Asia di sini, semalam.

Zulfadli yang turun selaku pemain pilihan kedua kejohanan, hanya mengambil masa 29 minit untuk mencatat kemenangan 21-6, 21-18 dalam aksinya di Stadium Juara, semalam.

Turut mengiringi Zulfadli ialah empat pemain perseorangan lelaki lain antaranya Loh Wei Sheng yang menyingkirkan cabaran pemain Indonesia, Shehar Hiren Rhustavito selepas mencatat kemenangan straight set 27-25, 21-17.

Sementara itu, pemain bukan pilihan Goh Giap Chin berjaya mengetepikan lawannya iaitu pilihan kesembilan dari Hong Kong, Lee Chun Hei 17-21, 21-10, 21-18 manakala Lim Yu Sheng tidak menghadapi masalah mengalahkan pemain Singapura, Huang Chao 12-21, 21-15, 23-21.

Seorang lagi pemain perseorangan lelaki yang mara ke pusingan keempat ialah Nur Mohd. Azriyn Ayub yang menyingkirkan Hermansah dari Indonesia 21-12, 21-19, namun Azriyn bakal berdepan tugas berat hari ini apabila dijadualkan bertemu Zulfadli.

Bagi acara beregu lelaki tiga wakil negara bakal membawa cabaran ke pusingan ketiga ialah pasangan Yew Hong Kheng-Ow Yao Han, Lim Chun Ming-Low Juan Shen dan Teo Ee Yi-Nelson Wei Keat.

Hong Kheng-Yao Han mengetepikan cabaran beregu Maldive, Mohamed Ahzam-Rishwan Shiyam 21-4, 21-1 manakala gandingan Chun Ming-Juan Shen menumpaskan Horiuchi Kento-Hasegawa Tatsuya dari Jepun 21-16, 21-14.

Ee Yi-Wei Keat pula mengalahkan rakan senegara, Tan Kah Zhan-Tan Wee Tat 21-17, 21-12.

Bagaimanapun, hanya seorang wakil negara yang akan beraksi di pusingan keempat perseorangan wanita, iaitu Cheah Sonia Su Ya yang mengalahkan pemain Korea Selatan, Kang Ga Hee 21-13, 21-13.

Yang lain, Ng Sin Er, Yang Li Lian dan Lim Yin Fun tewas kepada lawan masing-masing.

Namun, Li Lian akan bergandingan dengan Sonia Su Ya dalam acara beregu wanita di pusingan ketiga selepas menewaskan beregu Thailand, Kititharakul Chonthicha-Phetmaneelumkha Rassanan 21-18, 21-16.

Turut mara ialah pasangan Lai Pei Jing-Lai Shevon Jemie yang mengalahkan pasangan Uzbekistan, Mariya Pakina-Surayyo Ahmadjonova 21-4, 21-6.

Malaysia juga mempunyai wakil dalam acara beregu campuran bagi saingan pusingan ketiga iaitu gandingan Yao Han-Pei Jing dan Jani Sant Enos-Khoo Erica Pei Shan.


Monday, March 22, 2010

moh berhenti merokok!!!



program berhenti merokok anjuran uitm..

tempat : kolej perindu
waktu : 9.00pagi-1.00 petang (setiap hari)

hanya datang terus dan buat temujanji bersama doctor..

terdapat banyak cara untukberhenti, datanglah untuk memulakan hidup tanpa rokok...
ayuh beramai2 menyertai prgoram ini... mulakan hidup baru tanpa rokok...

Sunday, March 21, 2010

swiss super series 2010 (final)

tewas........





40 minit, masa yang di ambil pasangan korea yg tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menundukan pasagan pilihan pertama kejohanan koo kean kiet- tan boon heong dengan mata 21-16 21-18... segala2nya mungkin serba tidak kena dengan pasangan ini, namun mereka masih memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan..masih ada ruang waktu untuk 2 pemain ini membetulkan kesilapan sebelum kejohanan piala thomas mei ini...

Saturday, March 20, 2010

super series swiss 2010 (separuh akhir)


bergu kita tunjuk kebangkitan apabila mudah mengetepikan bergu pilihan ke 4 kejohanan dengan 21-13 pada set 1, namun diberi tentangan hebat di set 2 dengan mata 28-26 dalam masa 40 minit...
bergu ni berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan jika mengikut pekiraan diatas kertas bergu ini tidak berdepan dengan kesukaran untuk menjuarai swiss super series 2010...
dengan kebangkitan yang di tunjukkan oleh pasangan ini, malaysia kini mungkin boleh berkira-kira untuk memberi saingan sengit dalam piala thomas akan datang...
segala-galanya mungkin mengikut perangcangan jika di lihat perstasi terkini malaysia sekurang-kurangnya memiliki 2 mata (single pertama dan doule pertama).. namun begitu 1 mata lagi belum berada ditahap 50-50 kerana pemain single 2 dan 3 masih berada ditahap yang jauh dari sebenar serta bergu kedua yang masih tidak menunjukan sebarang kebangkitan..



tahnia buat koo-tan melayakan diri ke final!!!!

Friday, March 19, 2010

swiss super series 2010 (suku akhir)


tiada masalah...

bergu no 1 ini terus menampakan kebangkitan apabila layak ke pusingan separuh akhir, selepas menewaskan pasangan korea dengan mata 21-17, 21-14....

mereka bakal berdepan dengan pasangan denmak di peringkat separuh akhir....


swiss super series 2010 (suku akhir)





















Gagal lagi...

mungkin turun selaku pilihan pertama kejohonan belum cukup untuk membuatkan pasangan wong pei tty- chin eei hui ini mendabik dada untuk digeruni oleh bergu lain apabila terpaksa tunduk kepada pasangan dari jepun dlam permainan 3 set...

bermula dengan agak sempurna apabila pasangan ini mudah untuk menang set 1 keatas pasangan jepun dengan mata 21-17 tanpa memberi ruang kepada lawan mendahului mereka.

namun semuanya tanpa sukar apabila tewas di set ke 2 dengan mata 18-21... walaupun agak ketinggalan satu ketika pasangan malaysia terus berusaha sehingga megikat kedudukan di mata 17-17, namun semua bagai tidak kena apabila tewas dengan mata 18-21..

set ke 3 segala2 musnah apabila mereka tunduk 10-21...

semoga mereka kembali menyengat!!!!