Thursday, March 18, 2010

super series swiss 2010










tersungkur lagi bergu no 2 negara ini... apa yang telah terjadi?... ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meniupkan semboyan supaya skuad badminton negara membawa kejayaan piala thomas tahun ni, bergu no 2 negara tumpas seawal pusingan awal... mungkin mereka tewas kepada gandingan no 1 denmak namun mereka masih tidak menunjunkan prestasi terbaik mereka.. diharapkan bergu ini kembali menyengat bagi membolehkan skuad negara tampak lebih gagah dan sempurna....

mujur 2 watak ini menyelamatkan keadaan di terbuka swiss... semoga kejayaan mereka berterusan membawa pulang kejuaraan super sires di swiss kali ini..

malaysia boleh!!!1

Tuesday, March 16, 2010

1992 mampu diulangi?

1992 adalah satu tahun yang jauh kita tinggalkan, namun kenangan dunia badminton ketika itu masih segar dalam ingatan setiap rakyat malaysia... sedar atau tidak kita sudah hampir 18 tahun menunggu untuk menikmati kejayaan seumpama itu..

tahun ini, mungkinkah kita berjaya digelanggang sendiri seperti tahun 1992?...
tugasan ini dipikul dengan penuh taat setiap pemain-pemain badminton dan kita sebagai rakyat punya tugasan yang cukup besar, iaitu mendoakan kejayaan buat pemain-pemain yang berjuang..

cuma tinggal 2 bulan lagi sebelum impian ini direalisasikan, semoga pemain dan seluruh rakyat malaysia menjalankan tugasan masing-masing dengan sempurna supaya anak-anak merdeka akan terus menikmati setiap kejayaan..

malaysia boleh!!!! piala thomas milik kita!!!
1 malaysia menantikan saat gemilang yang bakal tiba.....
ayoh wira-wira kita...

tahniah datuk lee chong wei

buat lee chong wei anak merdeka yang terus menabur budi dalam sukan badminton, sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan datuk...

semoga lee chong wei dan rakan sepasukan akan membawa pulang piala thomas 2010...

selamat maju.